Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sabah catat RM5.449 bilion kutipan hasil negeri

    KOTA KINABALU, 25 JAN – Sabah mencatatkan kutipan hasil negeri berjumlah RM5.449 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember, 2021, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

    Beliau berkata catatan itu merupakan sejarah baharu bagi Sabah apabila berjaya menembusi angka RM5 bilion untuk kutipan hasil negeri, sekali gus mengatasi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan iaitu RM4.541 bilion pada 2014.

    “Dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran, kerajaan Sabah berupaya melakar kejayaan amat signifikan dalam konteks kutipan hasil negeri.

    “Saya yakin dan percaya, kita sedang berada di landasan tepat. Beberapa petunjuk ekonomi menzahirkan perkembangan positif,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat tahun baharu 2022 sempena perhimpunan penjawat awam hari ini.

    Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri; dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Khazim M Yahya.

    Hajiji berkata pencapaian itu juga merupakan antara penanda awal bagi keberkesanan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), iaitu pelan pembangunan strategik lima tahun yang dilancarkan pada 29 Mac, 2021.

    Penanda keberkesanan pelaksanaan Hala Tuju SMJ juga boleh dilihat menerusi keupayaan kerajaan Sabah mengekang penguncupan ketara ekonomi negeri pada 2020 akibat pandemik COVID-19, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...