NABAWAN, 20 Ogos – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Sabah kini berada dalam landasan betul dalam usahanya untuk terus memacu pembangunan negeri itu ke peringkat lebih tinggi.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha meneruskan segala perancangannya membangunkan Sabah demi kesejahteraan seluruh rakyatnya.
“Ini menunjukkan ekonomi kita meningkat dengan begitu ketara sekali. Semua ini adalah hasil perancangan pentadbiran (yang cekap). Yang penting adanya sokongan yang kuat daripada kerajaan pusat.
“Dalam erti kata lain, dengan wujudkannya kerjasama antara negeri dan pusat, ia dapat membantu pertumbuhan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan serentak Perwakilan Umno Bahagian Tenom, Pensiangan, Ranau dan Keningau di sini hari ini. – Bernama