Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah dijangka terima pelancong tempatan hujung Okt

    KUALA LUMPUR, 4 OKT – Sabah dijangka akan mula menerima kedatangan pengunjung tempatan dari luar Sabah terutamanya pelancong dan pelabur secara berperingkat menjelang hujung Oktober ini.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ia sejajar hasrat kerajaan negeri untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan. 

    “Arahan kuarantin sedia ada ini pula kita akan pertimbang untuk dikurangkan atau ditiadakan,” katanya kepada Bernama di Bangunan Parlimen hari ini.

    Kerajaan Sabah membenarkan individu lengkap vaksinasi COVID-19 memasuki Sabah untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan dan kua-rantin, namun hanya untuk individu berada di negeri itu dalam tempoh tiga hari.

    Bagi individu yang tidak lengkap dos vaksin yang masuk atas urusan rasmi lebih daripada tiga hari pula, mereka wajib menjalani kuarantin 10 hari di rumah dan melakukan ujian RTK-Antigen pada hari kelapan.

    Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata fokus kerajaan negeri ketika ini adalah dari segi meningkatkan lagi kadar pemberian vaksin dalam kalangan penduduk dan pada masa sama menyelesaikan masalah berkaitan penyelarasan data vaksinasi dengan Majlis Keselamatan Negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda