Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sabah FC benam Melaka United, lonjak tangga ketiga

    KUALA LUMPUR, 6 APRIL – Pasukan Sabah FC berhasil melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas menang tipis 1-0 menentang Melaka United dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam ini.

    Selaku pasukan pelawat, Sabah bagaimanapun tidak menghadapi masalah dalam mendominasi perlawanan sebelum berhasil membuka jaringan tunggal perlawanan menerusi jaringan Park Tae Su pada minit ke-25.

    Tersentak dengan jaringan awal itu, skuad Melaka kendalian Risto Vidakovic cuba menyamakan kedudukan namun gagal mencetak sebarang jaringan untuk menggugat gawang gol lawan sehingga perlawanan berakhir. Di Negeri Sembilan, pasukan Negeri Sembilan FC sekadar berpuas hati berkongsi satu mata selepas seri 2-2 menentang Selangor FC dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

    Selangor terlebih dahulu mendahului selepas pemain Negeri Sembilan, Nasrullah Haniff Johan membuat kesilapan tertampan rembatan pasukan lawan pada minit ke-35.

    Skuad Merah Kuning kemudian terus mendahului selepas Herlison Caion de Sousa Ferreira menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50 babak kedua perlawanan.

    Negeri Sembilan kemudian memperoleh momentum kebangkitan selepas turut dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Herold Goulon pada minit ke-58 sebelum gol penyamaan dijaringkan Evanonye Kossi Adetu pada minit ke-76 menjadikan kedudukan terikat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...