Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Sabah FC mohon maaf kepada peminat JDT

    KOTA KINABALU, 17 JULAI – Pasukan Sabah FC kelmarin memohon maaf kepada peminat dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terhadap tingkah laku buruk peminat bola sepak yang membaling botol air ke arah padang serta kawasan teknikal di tepi padang dalam pertembungan di Stadium Likas pada Jumaat lepas.

    Pengurus pasukan Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir berkata bahawa apa jua yang berlaku semasa permainan di atas padang, tidak boleh dijadikan punca terhadap tingkah laku buruk itu, dan beliau berharap insiden berkenaan tidak akan ber-ulang di masa hadapan.

    “Terdapat tindakan-tindakan di luar padang permainan yang Sabah tidak boleh terima. Emosi akan sentiasa memuncak semasa mana-mana perlawanan bola sepak yang kompetitif. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, perlu ada kawalan yang ditunjukkan semua pihak bagi menjamin keselamatan peminat, pemain dan pegawai.

    “Sehubungan itu Sabah juga ingin memohon maaf kepada penyokong JDT yang berkunjung ke Stadium Likas untuk perlawanan itu,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

    Dalam pertembungan Liga Super Jumaat lepas di Stadium Likas di sini, Sabah tumpas 2-1, yang membawa kepada beberapa insiden buruk, termasuk membaling botol air dan perbalahan besar dalam kalangan peminat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...