Friday, March 24, 2023
22.9 C
Brunei

-

Sabah fokus bina projek pembangunan diperlukan rakyat

TUARAN, 27 MAC – Kerajaan Sabah akan terus memberi fokus dalam membina projek-projek pembangunan diperlukan rakyat negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Mengambil contoh Tamparuli, Hajiji berkata, walaupun pembangunan di daerah itu dilihat begitu rancak pada masa ini, namun, masih terdapat banyak pembangunan perlu dilaksanakan untuk manfaat penduduknya. Sehubungan itu, beliau meluluskan lima projek kecil bernilai RM980,000 di Tamparuli termasuk membaik pulih sambungan elektrik di Dewan Tun Hamdan merangkumi pemasangan alat ‘transformer’.

“Kita juga akan memastikan semua aktiviti ekonomi dirancakkan semula selepas 1 April ini memandangkan banyak aktiviti tidak dapat dijalankan susulan penularan COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Tamparuli di sini, hari ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -