Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sabah kumpul data pekerja asing, bukan pemastautin

    KOTA KINABALU, 24 JAN – Kerajaan Negeri Sabah akan melaksanakan program pengumpulan data pekerja asing dan bukan pemastautin bermula bulan depan bagi mengatasi isu pendatang asing di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Sabah itu berkata Program Khas Pendataan Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah itu penting bagi mengetahui angka tepat antaranya pekerja asing dan pendatang asing di negeri ini.

    Beliau berkata data yang dikumpulkan kelak termasuk data biometrik mereka yang terlibat dan akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi mencapai satu penyelesaian terhadap isu pendatang asing di negeri itu.

    “Ia (data dikumpulkan) dicadang kepada kerajaan negeri dan Persekutuan untuk menentukan hala tuju masa depan Sabah dengan isu (pendatang asing) tergantung sejak berpuluh tahun, kalau tidak diurus (pendatang asing) akan jadi isu keselamatan, sosial, kebajikan, pendidikan, alam sekitar dan pelbagai lagi.

    “Jika isu ini tidak diselesaikan sekarang anak cucu kita 40 tahun lagi akan bercakap isu yang sama, mereka mungkin berdepan dengan isu lebih besar daripada apa kita hadapi kini dan kerana itu kita kena letak satu platform untuk kerajaan negeri dan Persekutuan buat keputusan,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Sabah yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said di Menara Kinabalu di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...