Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah laksana projek ravo perhebat vaksinasi COVID-19

    SANDAKAN, 8 OKT – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (RAVO) dalam usaha memperhebat vaksinasi COVID-19 secara ‘outreach’ di negeri ini yang belum mencapai 80 peratus vaksinasi lengkap penduduk dewasa.

    Pengarahnya, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata 25 kakitangan JKNS digerakkan termasuk lawatan rumah ke rumah, bagi menjalankan projek RAVO itu dengan bantuan pejabat kesihatan daerah, agensi kerajaan dan wakil rakyat.

    “Kita mulakan RAVO di Sandakan yang terdapat 151,200 individu dewasa belum menerima vaksin. 

    “Selepas Sandakan, projek RAVO ini akan ke daerah-daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi memuaskan seperti Tawau, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Keningau, Papar, Lahad Datu dan Kota Belud,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek RAVO di Kampung Forest di sini hari ini.

    Mengulas mengenai kadar vaksinasi di Sabah, Dr Rose Nani berkata setakat Rabu lepas, lebih 2.25 juta dewasa atau 72.9 peratus sudah menerima satu dos vaksin, manakala 1.75 juta atau 63.3 peratus sudah melengkapi dua dos. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda