Sabah lancar kempen sifar pandemik

KOTA KINABALU, 21 JUN – Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini melancarkan Kempen Sifar Pandemik COVID-19 Peringkat Negeri Sabah secara dalam talian.

Hajiji menyempurnakan pelancaran kempen itu di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini manakala Dr Adham di pejabatnya di Putrajaya.

Sementara itu, Dr Adham ketika berucap pada majlis itu meminta semua pihak bersatu padu menyokong usaha murni kerajaan Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjayakan program Sifar Pendemik COVID-19 di Sabah.

“Usaha ini selaras dengan pelan pemulihan negara dan harapan kami di KKM ialah mahukan program ini berjaya bagi memastikan negara kita bebas dengan COVID-19. Kita juga berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan di negeri-negeri lain,” katanya. – Bernama

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor (kanan) berbincang dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun pada pelancaran Kempen Sifar Pandemik COVID-19 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, semalam. – Bernama