Sabah larang masuk pelawat Iran, Itali

KOTA KINABALU, 10 MAC – Kerajaan negeri Sabah memperluas sekatan perjalanan terhadap pelawat dari Iran dan Itali berkuat kuasa serta-merta berikutan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong berkata warga negara asing dari Iran dan Itali tidak dibenarkan memasuki Sabah menerusi semua pintu masuk udara, laut mahupun darat.

Tambahan perintah larangan sementara untuk memasuki Sabah juga terpakai kepada semua rakyat asing tanpa mengira kewarganegaraan, dan rakyat Malaysia bukan penduduk tetap Sabah yang mempunyai sejarah perjalanan ke Iran dan Itali dalam tempoh 14 hari lepas, katanya. – Bernama