Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah mampu catat pertumbuhan ekonomi, perniagaan

    KOTA KINABALU, 12 MAC – Sabah yang mempunyai kelebihan dari segi kedudukan geografi, berpeluang meneroka pelbagai potensi besar perniagaan dan ekonomi bagi faedah jangka panjang, termasuk impak susulan keputusan Indonesia memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan Timur.

    Sehubungan itu, Pengerusi Forum Ekonomi Islam (WIEF) Tun Musa Hitam berkata usaha seperti pengumpulan maklumat dan data berkaitan, Sabah mampu mewujudkan strategi yang bersesuaian serta memainkan peranan aktif yang dapat memenuhi kepentingan ekonominya.

    “Sebagai sebuah negeri progresif dan dinamik yang mesra perniagaan serta mempunyai rekod prestasi baik, kami percaya Sabah komited sepenuhnya ke arah pembangunan menerusi pelaburan dalam sektor ekonomi yang tepat.

    “Kejayaan pelaburan dalam sebarang bidang, bersandarkan peluang besar yang sedia ada, pasti dapat mewujudkan peluang kerja baharu untuk rakyat negeri itu,” katanya.

    Teks ucapan Musa telah dibacakan oleh Setiausaha Agung Yayasan WIEF pada majlis perasmian program Meja Bulat WIEF yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda