Sabah mula beri dos penggalak

KOTA KINABALU, 20 OKT – Sabah hari ini memulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melibatkan petugas barisan hadapan, warga emas dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata program itu akan dilaksanakan dalam dua pe-ringkat iaitu peringkat pertama untuk seramai 60,000 petugas barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan sehingga 20 Nov ini.

Beliau berkata, bagi peringkat kedua pula, untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas serta mereka yang mempunyai komorbiditi akan bermula pada 2 Nov ini.

Dos penggalak itu akan diberikan secara sukarela kepada penerima, sekurang-kurangnya enam bulan sele-pas melengkapkan vaksinasi atau menerima dos kedua, katanya.

“Walaupun dos penggalak bukanlah satu kemestian tetapi ia sangat disarankan bagi mendapatkan perlindungan optimum daripada COVID-19,” katanya di Majlis Pelancaran Program Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

Sebagai simbolik pelancaran program itu, Hajiji meneri-ma suntikan dos penggalak  diikuti menteri-menteri kabinet Sabah. 

Hajiji berkata dos penggalak itu akan diberikan di fasiliti kerajaan dan swasta di bawah pemantauan  ProtectHealth Corporation Sdn Bhd. – Bernama

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menjadi individu pertama di Sabah menerima suntikan dos penggalak pada Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, semalam. – Bernama