Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah, P.Pinang terokai inisiatif bandar raya sahabat untuk pelancongan

    KOTA KINABALU, 22 DIS – Sabah dan Pulau Pinang sedang mengkaji kemungkinan menjalinkan hubungan Bandar Raya Persahabatan bagi meningkatkan promosi sektor pelancongan di kedua-dua negeri.

    Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata inisiatif itu relevan dan bersesuaian memandangkan Sabah dan Pulau Pinang berusaha ke arah membina semula dan mengukuhkan sektor pelancongan masing-masing.

    “Memandangkan kedua-dua negeri mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa paling sibuk, program pertukaran sebegini merupakan pendekatan strategik untuk membantu membawa masuk lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa di samping meningkatkan pendapatan pelancongan,” kata Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata dalam kenyataan, hari ini.

    Pada Selasa, delegasi yang diketuai Joniston berada di Pulau Pinang untuk bertemu dengan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) Negeri Pulau Pinang Yeoh Soon Hin.

    Dalam pertemuan itu, mereka  antara lain membincangkan potensi mewujudkan Bandar Persahabatan antara Kota Kinabalu dan George Town. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda