Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sabah pengeksport tertinggi minyak sawit

    KUALA LUMPUR, 10 MEI – Eksport minyak sawit Malaysia berjumlah RM7.5 bilion pada Mac 2022 dengan Sabah mencatatkan angka tertinggi sebanyak RM1.8 bilion (23.5 peratus), diikuti oleh Johor (RM1.7 bilion, 23.1 peratus) dan Sarawak (RM1.5 bilion, 20.3 peratus), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Dalam laporan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri bagi Mac 2022 yang dikeluarkan hari ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport pada Mac 2022 meningkat sebanyak RM26.6 bilion (+25.4 peratus) berbanding bulan sama tahun sebelumnya manakala import juga meningkat RM24.1 bilion (+29.9 peratus) pada bulan di bawah kajian itu.

    “Antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 31.3 peratus diikuti oleh Johor (19.8 peratus), Selangor (18.1 peratus), Sarawak (7.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.1 peratus).

    “Bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 25.2 peratus diikuti oleh Pulau Pinang (22.4 peratus), Johor (19.3 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6.8 peratus) dan Melaka (6.3 peratus),” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...