Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan

    KOTA KINABALU, 13 MAC – Sabah memperuntukkan sebanyak RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah di dalam dan luar negara.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata antara inisiatif yang dilaksanakan dan diteruskan pada tahun ini ialah Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi sekali bayar (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Insan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI).

    Selain itu, Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Insan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS), Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) dan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRSSUBFLY) turut dilaksanakan.

    “Untuk inisiatif BUDI sahaja kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta dengan sasaran 10,000 pelajar manakala BAKTI sebanyak RM8 juta dengan sasaran 40,000 pelajar tahun ini,” katanya ketika melancarkan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya hari ini. – Bernama

    Hajiji Noor ketika menyampaikan sumbangan SENTOSA di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya pada 13 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda