Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Sabah peruntuk RM35j laksana inisiatif pembangunan pendidikan

    KOTA KINABALU, 19 JAN – Kerajaan Sabah memperuntukkan RM35 juta tahun ini untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan pendidikan yang merangkumi tiga program bantuan, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

    Beliau berkata tiga program bantuan berkenaan adalah Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022, selaras  dengan komitmen Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memartabatkan taraf pendidikan negeri.

    “Selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan meletakkan portfolio pendidikan di bawah bidang kuasa Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas supaya perhatian khusus dapat diberikan kepada hal ehwal pendidikan Sabah.

    “Ini tidak bermakna kerajaan negeri mengambil alih peranan dan tanggungjawab kerajaan Persekutuan di Sabah, sebaliknya inisiatif itu adalah untuk melengkapkan program yang dilaksanakan kerajaan persekutuan di Sabah,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penyampaian Bantuan Bakti dan Pelancaran BAGUS, BISBAH dan AKSA 2022, di Menara Kinabalu dan teks ucapan beliau disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, yang juga Menteri Kewangan Sabah II.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...