Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah putuskan had umur kahwin

    KOTA KINABALU, 23 Okt – Kerajaan negeri Sabah memutuskan umur perkahwinan di Sabah ditetapkan kepada 18 tahun, namun, dalam kes-kes tertentu terdapat beberapa peruntukan membolehkan pengecualian bagi individu yang ingin berkahwin di bawah had itu.

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Kabinet negeri yang lepas.

    “Perkara ini turut dibincangkan pada mesyuarat ketua-ketua menteri dan menteri besar yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kami (kerajaan negeri) telah memutuskan kami bersetuju dengan perkara itu (umur perkahwinan ditetapkan 18 tahun). Kerajaan Sabah akan turut sama (dengan kerajaan Persekutuan).

    “Sudah tentu ada pengecualian di situ. Di mana terdapat beberapa keadaan terutama di kawasan pedalaman (ada keperluan) kes perkahwinan bawah umur boleh dirujuk di Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil sebab ada (individu) yang berkahwin umur 16 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda