Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sabah rampas semula emas beregu wanita

    KAJANG, 20 SEPT – Gandingan Siti Hadinavilla Jumidil dan Nazira Hani Iskandar @Jali, ternyata unggul apabila berjaya merampas kembali pingat emas acara beregu sepak takraw wanita Sukan Malaysia (Sukma) bagi Sabah, selepas penantian selama enam tahun.

    Gandingan dua atlet muda yang masing-masing berusia 22 tahun dan 16 tahun itu, berjaya menidakkan cabaran regu Sarawak, Sharifah Fifi Nurdyana Wan Muhamat Abdul Rah dan Nur Asmida Rambli menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-13.

    Kemenangan berkenaan menyaksikan pasangan Bumi Kenyalang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, manakala pasangan Perak Nur Syahirah Hisaam dan Nur Athirah Roslan membawa pulang pingat gangsa.

    Bercakap kepada pemberita selepas mengulangi kemenangan Sabah pada Sukma 2016, Nazira Hani berkata segala kerja keras pasukan berbaloi semenjak mula melakukan latihan empat tahun lepas dengan hasil lumayan hari ini.

    “Penantian untuk bermain di Sukma akhirnya berakhir dengan kegembiraan. Perjalanan ini bukanlah mudah sebab saya masih belajar, jadi mesti seimbangkan antara sukan dan pelajaran.

    “Saya berlatih seawal 5:30 pagi sebelum bersiap ke SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan Likas, Kota Kinabalu pada 6 pagi dan kembali menjalani latihan intensif pada sebelah petang,” katanya ketika ditemui Bernama di Dewan Seri Sarjana, Uniten di sini hari ini. – Bernama

    Pemain sepak takraw Sabah bergambar dengan pingat emas yang dimenangi dalam Perlawanan Akhir Beregu Wanita menentang pasukan Sarawak pada Sukan Malaysia (Sukma) Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 di Dewan Sri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...