Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah rekod lebih 2,396 kebakaran sejak Jan

    KOTA KINABALU, 9 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah merekodkan sebanyak 2,396 kebakaran terbuka sepanjang Januari hingga semalam.

    Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, kes kebakaran terbuka pada Mac mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak 979 kes, diikuti  April (557) dan  Februari (537 kes).

    Tuaran adalah antara daerah di Sabah merekodkan kes kebakaran terbuka paling tinggi sepanjang tempoh berkenaan iaitu sebanyak 391 kes, diikuti Kota Kinabalu (242 kes),  Kota Belud (184), Penampang (183), Keningau (173), Papar (162) dan Sandakan (149).

    Menurut jabatan itu, kes kebakaran terbuka di kawasan belukar mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,266  kes, diikuti kebakaran hutan (807 kes), dan kebakaran kebun sebanyak 150 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda