Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Sabah sambut Hari Pahlawan, Bulan Kebangsaan

    KOTA KINABALU, 31 JULAI – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini menghadiri sambutan Hari Pahlawan serta melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah di Padang Merdeka di sini.

    Pada sambutan diadakan secara bersama itu, Juhar diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.

    Sambutan Hari Pahlawan diserikan dengan beberapa acara antaranya persembahan pantomime pertempuran antara anggota tentera Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada 29 Disember 1963.

    Persembahan bertenaga itu menggunakan peralatan seperti kejadian sebenar pada zaman itu yang memaparkan tindak balas Indonesia yang tidak bersetuju kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

    Kejadian berdarah yang berlaku 59 tahun lepas itu telah mengorbankan seorang pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat daripada pihak Malaysia manakala seorang anggota TNI telah terkorban sekali gus menjadi titik hitam dalam sejarah Tentera Darat dan negeri Sabah.

    Pantomim itu memperlihatkan sifat kepahlawanan dan tidak mudah mengalah anggota tentera dalam mempertahankan negara wajar dijadikan pedoman dan ikutan agar negara kekal berdaulat.

    Hadirin juga turut bertafakur seketika bagi mengenang mereka yang terkorban semasa mempertahankan negara sebelum bacaan sajak pahlawan berjudul ‘citra warga tatkala tersirat makna cintanya terhadap tanah air tercinta’ buat para pahlawan tanah air dideklamasikan oleh Sukor Usin@Hussin.

    Bagi menandakan bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang itu, Juhar diiringi Hajiji dan Masidi kemudian melepaskan konvoi Kembara Merdeka 2022 melibatkan 15 kenderaan dan lebih 50 peserta akan menjelajah seluruh negeri selama 11 hari bermula 9 Ogos ini. – Bernama

    Anggota pasukan keselamatan melakukan demonstrasi peristiwa Kalabakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Pahlawan di Padang Merdeka Kota Kinabalu, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...