Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong

KUALA LUMPUR, 17 MAC – Kerajaan negeri Sabah menyasarkan 2.2 juta kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri itu pada tahun ini, selari dengan pelancaran slogan baharu bagi destinasi pelancongan Sabah iaitu Feel Sabah, North Borneo.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew hari ini berkata dalam mencapai sasaran itu, pihaknya mengguna-kan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah. 

“Buat masa ini kami baharu sahaja membuka sempadan, oleh itu sasaran kami ialah kira-kira 2.2 juta kedatangan (pelancong) dan kami harap dapat mencapai sasaran tersebut, tetapi jika lebih daripada itu lebih baik. 

“Berbanding senario prapandemik sebelum kami menutup sempadan, jumlah kedatangan (pelancong) di Sabah ialah 4.25 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan slogan baharu Sabah Tourism iaitu Feel Sabah, North Borneo pada pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di sini. – Bernama

Datuk Christina Liew melepaskan peserta konvoi kenderaan e-hailing bagi mempromosikan Sabah Tourism, pada pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -