Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah tambah baik kuota bumiputera dalam perumahan swasta

    KOTA KINABALU, 29 NOV – Kerajaan Sabah akan menambah baik dasar kuota 30 peratus bumiputera dalam perumahan swasta serta mengurangkan karenah birokrasi dalam urusan jual beli lot rumah golongan itu, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

    Beliau yang juga Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah berkata penambahbaikan yang mula dikuatkuasakan Ahad ini antara lain tidak lagi membenarkan pemaju untuk menetapkan lot rumah untuk dijual kepada pembeli berstatus bumiputera seperti yang diamalkan sebelum ini.

    “Ini akan memberi hak kepada pembeli berstatus bumiputera untuk memilih lot rumah yang mereka inginkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Dr Joachim berkata turut dikuatkuasakan adalah pemansuhan larangan menjual semula lot rumah milik pembeli berstatus bumiputera, membolehkan pemilik rumah terbabit menjual rumah mereka tanpa sekatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda