Monday, July 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah terus perkasa industri halal dalam kalangan pengusaha IKS – Hajiji

    KOTA KINABALU, 14 JULAI – Sabah akan terus memperkasa industri halal membabitkan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hab, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata usaha itu seiring dengan komitmen kerajaan Sabah untuk merancakkan lagi industri halal secara menyeluruh memandangkan konsep halal berkait rapat dengan produk berkualiti tinggi dari aspek kebersihan dan pematuhan terhadap syariah agama.

    Hajiji berkata pensijilan halal merupakan elemen penting dalam meyakinkan pengguna terhadap status halal sesuatu produk serta selamat dimakan dan digunakan, selain dapat membantu pengusaha IKS mengetengahkan produk ke luar negara.

    “Saya berharap usaha MUIS memperkenal dan membuat pendekatan drastik membantu IKS memperoleh pensijilan Halal Malaysia melalui Sijil Halal Industri Kotej (SHIK) bagi pengusaha yang belum memiliki tempat khusus untuk memproses produk atau kilang tetap, akan diperluas ke seluruh negeri.

    “Cara ini sudah tentu akan membantu IKS mempromosi produk dengan lebih meluas. Saya mengharapkan agar pengusaha IKS mengambil peluang ini bagi memperoleh sijil Halal Malaysia melalui SHIK untuk mengembangkan perniagaan,” katanya pada Sabah International Halal Expo (SAHEX) 2024 hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda