Sabalenka dipilih pemain pilihan utama

GUADALAJARA, MEXICO, 10 NOV – Aryna Sabalenka berkata dia menikmati status pilihan utamanya di pusingan akhir jelajah WTA minggu ini walaupun dia masih belum dapat menangani keadaan kejohanan yang mencabar di Guadalajara.

Pemain bintang Belarus, Sabalenka menuju ke kejohanan akhir musim, yang dipindahkan ke Mexico dari tempat asal di Shenzen, China akibat pandemik COVID-19.

Pemindahan tempat bermakna lapan peserta akhir kejohanan itu mesti menyesuaikan diri dengan keadaan di Guadalajara, iaitu sekitar 5,100 kaki di atas paras laut, ketika mereka bersaing untuk merebut gelaran akhir 2021.

Sabalenka yang berusia 23 tahun, berjaya mencatatkan kemenangan di Abu Dhabi dan Madrid tahun ini dan mara ke pusingan separuh akhir di Wimbledon dan Terbuka AS, berkata dia menghadapi kesukaran untuk mengawal bola ketika sesi latihan awalnya di Guadalajara.

“Hari pertama saya tiba di sini, saya tidak terkejut tetapi saya hairan kerana saya tidak dapat mengawal apa-apa,” kata Sabalenka kelmarin.

Aryna Sabalenka bercakap kepada sidang media sebelum hari pembukaan peringkat akhir Akron WTA Guadalajara kelmarin. – AFP

Sabalenka, yang memulakan kempennya menentang pilihan ketujuh dari Sepanyol, Paula Padosa esok, berkata dia tidak terpengaruh dengan tekanan yang datang dengan status pilihan utamanya.

“Saya rasa saya berjaya mengatasi tekanan,” katanya.

Minggu-minggu terakhir Sabalenka musim in terkejut selepas dia disahkan positif COVID-19, memaksanya menarik diri dari Indian Wells.

“Selama empat hari saya benar-benar sakit, saya tidak boleh bergerak,” kata Sabalenka.

Lapan peserta akhir di Guadalajara telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan empat kumpulan, dengan dua penamat teratas dalam setiap kumpulan mara ke separuh akhir. – AFP