Sabalenka gagal pamer prestasi terbaik

ADELAIDE, AUSTRALIA, 5 JAN – Persediaan Aryna Sabalenka untuk Terbuka Australia terjejas apabila pemain nombor dua dunia itu tersingkir dari Adelaide International semasa pembukaan musim pada pusingan kedua hari ini.

Pemain dari Belarus, yang hampir memenangi Grand Slam, melakukan kesilapan semasa pukulan servis ketika pemain ranking ke-100, Kaja Juvan meraih kemenangan terbesar dalam kariernya, 7-6 (8/6), 6-1.

Selepas set pertama yang sengit, pukulan servis Sabalenka menjadi teruk pada set kedua, hampir menyerahkan perlawanan kepada lawannya dari Slovenia.

Sabalenka melakukan 18 double-fault dalam perlawanan itu, 11 kesilapan pada set kedua di mana pukulan servis di set kedua sama ada terkena dasar jaring atau terlepas gelanggang sepenuhnya.

Dia hanya perolehi empat mata melalui pukulan servis di set kedua dan pada satu peringkat dia mengangkat tangannya tanda kemenangan apabila dia meraih servis kedua.

Juvan, yang memasuki perlawanan itu sebagai pemain nombor ke-100 dunia tetapi kini akan menamatkan kejohanan dengan kedudukan sekurang-kurangnya ke-83, berkata dia berasa kasihan kepada Sabalenka pada set kedua.

“Saya menikmati perlawanan pada set pertama, sangat sukakannya apabila perlawanan menjadi sengit dan kompetitif,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

“Saya rasa sedikit kasihan padanya. Saya tahu dia tidak memberikan yang terbaik dalam servisnya dan kami semua tahu perasaannya.

“Tetapi saya mengingati diri saya sendiri bahawa ia boleh berubah bila-bila masa jadinya saya mencuba untuk bertahan sehingga penghujungnya.” – AFP

Persediaan Aryna Sabalenka bagi Terbuka Australia terjejas apabila pemain nombor dua dunia itu tersingkir dari Adelaide International semasa pembukaan musim pada pusingan kedua hari ini. – AFP