FORT WORTH, AMERIKA SYA-RIKAT, 1 NOV – Pemain ranking ketujuh dunia, Aryna Sabalenka bangkit daripada ketinggalan sekali gus mengalahkan pemain ranking kedua dunia, Ons Jabeur dalam format round robin di perlawanan akhir WTA, kelmarin.
Sabalenka menewaskan pemain dari Tunisia, finalis Wimbledon dan Terbuka AS tahun ini dengan keputusan 3-6, 7-6 (7/5), 7-5 di Dickies Arena, Fort Worth, Texas.
“Saya rasa ini adalah kemenangan terbesar dalam musim ini untuk saya,” kata Sabalenka, yang bermain di peringkat separuh akhir WTA tahun lepas yang berakhir dengan kekecewaan.
“Dia bermain dengan sangat baik, tetapi satu keajaiban telah berlaku untuk saya yang membuatkan saya menang perlawanan kali ini.”
Jabeur, membuat penampilan dalam peringkat akhir WTA, hanya memerlukan dua mata daripada 5-3 untuk merangkul kejuaraan pada set kedua, dan dia mempunyai peluang untuk mendahului 5-2 pada set ketiga. Namun Sabalenka bertahan dengan baik, mengatasi Jabeur untuk menyamakan kedudukan 4-4 dan seterusnya merampas kejuaraan apabila pukulan depan Jabeur terkena jaring. – AFP
