BEIJING, 3 OKT – Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka berkata hari ini persembahannya pada ‘saat penting’ menjadi faktor utama dirinya berjaya mengatasi kejutan besar dalam pusingan kedua Terbuka China, selepas dia mengalahkan pemain bukan pilihan, Katie Boulter dengan keputusan 7-5, 7-6 (7/2) di Beijing.
Sabalenka berjaya menyelamatkan tujuh peluang mata penamat pada keputusan 5-5 dan kemudian memaksa Boulter, pemain tenis Britain yang menduduki tempat ke-56 dunia melakukan kesilapan backhand yang jarang berlaku untuk memenangi set pertama.
Pemain tenis dari Belarus itu berjaya mencatatkan satu lagi mata penamat penting untuk menyamakan kedudukan pada 5-5 sebelum memenangi pusingan tambahan dengan servis yang tidak mampu dibalas.
Sabalenka akan bersaing dengan Jasmine Paolini dari Itali dalam pusingan seterusnya untuk merebut tempat dalam peringkat separuh akhir.
“Saya fikir apa yang membezakannya adalah dalam ‘saat penting’, saya bermain sedikit lebih baik daripadanya,” kata Sabalenka pada sidang media selepas perlawanan.
“Saya fikir segalanya berkisar kepada perlawanan akhir dalam setiap set. Dia mendapat peluang dan saya sangat gembira bahawa saya tidak memberikan set tersebut dengan mudah,” tambahnya.
“Saya terus berjuang, terus mencuba, dan inilah yang memberikan perbezaan.”
Jessica Pegula, nombor empat dunia dalam arena tenis, berjaya bangkit selepas tertinggal satu set hari ini untuk menewaskan Anna Blinkova dari Rusia dengan keputusan 6-7 (2/7), 6-2, 6-1.