Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sabalenka menang mudah

    PARIS, 29 MEI – Aryna Sabalenka memenangi pertarungan Terbuka Perancis yang berunsur politik menentang Marta Kostyuk kelmarin ketika ejekan menghujani pemain Ukraine yang tewas itu kerana enggan berjabat tangan dengan lawannya dari Belarus.

    Pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Australia, Sabalenka menyapu bersih 10 daripada 12 perlawanan terakhir untuk menang 6-3, 6-2 ketika dia memulakan langkahnya untuk mencapai ming-gu kedua di Paris buat kali pertama.

    Kostyuk mematuhi janjinya untuk tidak berjabat tangan dengan Sabalenka sebagai protes terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Belarus adalah sekutu tentera utama Moscow.

    Kostyuk berusia 20 tahun, yang telah menjadi pengkritik keras terhadap keputusan membenarkan pemain Rusia dan Belarus untuk terus bersaing dalam jelajah sejak pencerobohan negaranya, mempersoalkan motif penonton yang mengejek pendiriannya.

    “Saya ingin melihat reaksi orang ramai terhadapnya dalam tempoh 10 tahun apabila perang berakhir. Saya fikir mereka tidak akan merasa gembira dengan apa yang mereka lakukan,” katanya.

    Aksi Aryna Sabalenka semasa perlawanan perseorangan wanita pada hari pertama kejohanan tenis Terbuka Roland-Garros di Court Philippe-Chatrier di Paris, 28 Mei. – AP

    “Saya tidak menjangkakannya. Orang ramai sepatutnya merasa malu,” tambahnya.

    Kostyuk, yang menduduki ranking ke-39 dunia, terkenal enggan berjabat tangan dengan rakannya, Sabalenka dari Belarus dan bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu. Sebaliknya dia memilih sekadar menyentuh raket di jaring.

    “Ia adalah perlawanan yang sangat sukar dari segi emosi. Saya tidak tahu sama ada ejekan itu ditujukan kepada saya tetapi terima kasih banyak atas sokongan awda, ia benar-benar penting,” kata Sabalenka yang memohon maaf kerana tunduk berlebihan dan teaterikalnya kepada penonton di Court Philippe Chartier.

    Sabalenka telah mengakui pada malam kejohanan bahawa dia boleh menerima jika Kostyuk memiliki perasaan benci terhadapnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...