Sabalenka tersungkur peringkat akhir WTA

GUADALAJARA, MEXICO, 16 NOV – Pemain pilihan utama, Aryna Sabalenka tersingkir dari pusingan akhir WTA di Guadalajara kelmarin, tewas tiga set menentang pemain pilihan keempat dari Greece, Maria Sakkari.

Sakkari bakal bertemu pemain Estonia, Anett Kontaveit di separuh akhir selepas mengalahkan Sabalenka 7-6 (7/1), 6-7 (6/8), 6-3 dalam masa 2 jam 47 minit.

“Ia adalah perlawanan yang sengit daripada kami berdua,” kata Sakkari.

“Ia hanya soal siapa yang mengambil peluang. Saya fikir pada akhirnya saya hanya bermain dengan sepenuh hati dan berjuang dengan baik, hanya mengubah keadaan.”

Sabalenka ditewaskan kerana gagal memanfaatkan detik-detik penting dan melakukan 19 kesalahan berganda yang menjejaskan pukulan servisnya semasa perlawanan.

Reaksi pemain Greece, Maria Sakkari ketika menang menentang pemain Belarus, Aryna Sabalenka dalam perlawanan tenis perseorangan wanita kelmarin. – AFP

Pemain Belarus berusia 23 tahun itu mensia-siakan peluang untuk memenangi set pertama, membolehkan Sakkari bangkit daripada ketinggalan 5-3 untuk memaksa set penentu di mana pemain Greece itu berjaya memenangi dengan hanya kehilangan satu mata.

Pemain pilihan utama itu berusaha lebih gigih untuk memenangi set kedua melalui set penentu selepas sekali lagi membiarkan Sakkari bangkit daripada ketinggalan 5-3.

Tetapi Sabalenka yang merasa letih dalam set penentuan perlawanan, melakukan 10 kesalahan berganda.

“Saya mempunyai banyak peluang namun saya gagal mengambil peluang,” kata Sabalenka.

“Sepanjang perlawanan saya benar-benar menghadapi kesukaran dengan pukulan servis saya. Pada saat ketika saya berjaya melakukannya dengan baik dan pada satu masa ketika saya tidak dapat berbuat apa-apa.”

Sakkari percaya keadaan fizikalnya membantunya untuk memenangi perlawanan menentang Sabalenka. – AFP