Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sabalenka tumpaskan Rybakina

    MELBOURNE, 29 JAN – Aryna Sabalenka (gambar-AP) yang penuh emosi berkata ia akan mengambil ‘beberapa hari lagi’ untuk sedar selepas bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi gelaran Grand Slam sulung di Terbuka Australia kelmarin.

    Pemain kelahiran Belarus itu terbaring di atas gelanggang sambil menangis selepas menang 4-6, 6-3, 6-4 menentang juara Wimbledon, Elena Rybakina dalam 2 jam 28 minit yang penuh mengujakan di Rod Laver Arena.

    Sabalenka yang berusia 24 tahun mengesat air matanya sebelum mendapat pelukan hangat daripada Rybakina kelahiran Moscow, yang memainkan peranan penuh dalam perlawanan mendebarkan antara dua pemain paling hebat dalam acara wanita.

    Sabalenka, pemain pilihan kelima dan pemain terbaik pada 2023, kemudian berlari ke kotak pemain untuk meraikan bersama pasukannya.

    “Terima kasih, pasukan saya, pasukan paling hebat dalam jelajah itu. Kami telah melalui banyak perkara, saya akan katakan, kekalahan tahun lalu,” kata Sabalenka, bercakap kepada pasukannya selepas menerima trofi.

    Aryna Sabalenka bergambar bersama Trofi Memorial Daphne Akhurst di Taman Botani, Australia. – AP

    “Terima kasih banyak-banyak atas apa yang kamu lakukan untuk saya. Saya sayang kamu semua,” tambahnya.

    Beralih kepada pilihan ke-22 yang ditewaskan Rybakina, dia menambah, “Awda adalah pemain yang hebat dan sudah tentu kami akan mengharungi lebih banyak lagi pertarungan, harap bertemu di peringkat akhir Grand Slam.”

    “Saya memerlukan beberapa hari lagi untuk menyedari apa yang baru berlaku,” kata Sabalenka kepada Channel Nine Australia.

    “Sejujurnya, saya terdiam. Saya sangat emosional pada akhirnya,” tambahnya.

    Perlawanan akhir merupakan pengakhiran yang sesuai untuk drama dua minggu dan kejutan di Melbourne Park, ia adalah perlawanan yang menguji pukulan, servis tepat dan rali hebat daripada dua pemain yang berada di puncak permainan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...