Sabar ketika menghadapi ujian

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Negara Brunei Darussalam sejak kebelakangan ini tidak mencatatkan sebarang kes baharu jangkitan COVID-19 tapi pihak berkuasa tetap terus mengingatkan untuk sentiasa mengamalkan dan melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing bagi membendung penularan wabak berkenaan terutama di musim perayaan ini. Khatib dalam khutbah Jumaat hari ini menambah, disebabkan situasi wabak berkenaan yang melanda negara pada masa ini, keadaan belum mengizinkan untuk ziarah-menziarahi dan kunjung- mengunjungi seperti mana keadaan yang biasa dilakukan dalam menyambut Hari Raya sebelum ini.

 (Klik di sini untuk cerita lanjut)