Sabizter sedia bertemu bekas kelab

BERLIN, 10 SEPT – Pemain pembelian baharu Bayern Munich, Marcel Sabitzer akan kembali mengunjungi bekas kelabnya, RB Leipzig esok, namun dia dijangka akan diberikan sambutan dingin dalam penampilannya bersama pasukan Bundesliga.

Leipzig yang menjadi naib juara di belakang Bayern musim lalu dan pertemuan liga pada esok di Red Bull Arena akan memberikan peluang awal untuk kedua-dua pasukan meletakkan tanda aras.

Sabitzer merupakan ketua pasukan Leipzig, menyertai Bayern Munich minggu lalu untuk kembali disatukan dengan jurulatih Julian Nagelsmann dan pemain pertahanan Dayot Upamecano, yang kedua-duanya berhijrah ke Munich musim ini.

Selepas ditolak sebagai seorang pemain muda berusia 14 tahun oleh Bayern, Sabitzer menyasarkan untuk meyakinkan Nagelsmann bagi memberikan tempat di bahagian tengah meskipun persaingan dengan bintang Jerman, Joshua Kimmich dan Leon Goretzka.

“Saya tahu terdapat banyak kualiti di posisi saya. Jika saya diberikan pelung bermain, saya pasti akan bersedia,” kata Sabitzer semalam.

Gambar fail aksi Marcel Sabitzer semasa menyertai RB Leipzig musim lalu.- AP

Dia mengakui penampilannya bersama Bayern di Leipzig mungkin menghangatkan lagi keadaan.

“Saya tidak tahu sambutan apa yang patut dijangkakan,” katanya.

“Saya mengharungi enam musim yang indah di Leipzig, berusaha dari Bundesliga divisyen kedua kepada bermain di Liga Juara-Juara. Saya dilantik menjadi ketua pasukan dan dapat menyumbang sesuatu kembali kepada kelab.

“Saya tidak sabar untuk kembali pada esok, meskipun dapat sambutan yang dinginp.”

Pemain Austria berusia 27 tahun telah memberikan tip bagaimana untuk mengalahkan Leipzig, yang mengharungi musim suram pada musim ini dengan kekalahan di tangan Mainz dan Wolfsburg serta Stuttgart membelasah mereka 4-0. – AFP