Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Sabli Food guna Cendana demi kukuhkan operasi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd menjadi syarikat tempatan terbaharu yang mendaftar bagi Cendana, platform pengurusan perniagaan semua-dalam-satu yang dikendalikan oleh Dynamik Technologies.

    Majlis penandatanganan perjanjian bagi penyertaan berkenaan telah diadakan baru-baru ini di Ibu Pejabat Kilang Pembuatan, Perindustrian Lambak Kanan.

    Hadir hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd, Awang Baharuddin bin Haji Wahsalfelah dan menandatangani bagi pihak Cendana ialah Pengurus Perkhidmatan, Dayangku Siti Farhanna binti Pengiran Haji Pura.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dynamik Technologies, perjanjian itu akan memberi laluan kepada Cendana untuk me-nguruskan operasi perakaunan, jualan, pembelian, inventori dan operasi sumber manusia Sabli Food Industries.

    Awang Baharuddin dipetik berkata, “Kami gembira dapat menggunakan Cendana, sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan 2022 Sabli Food Industries (B) untuk memba-ngunkan pendigitalan kewangan dalam syarikat.

    “Oleh itu, dengan platform oleh Dynamik Technologies ini, kami boleh mengukuhkan operasi dan sistem kami untuk mencapai produktiviti, keuntungan dan kecekapan,” tambahnya.

    Majlis penandatanganan bagi pendaftaran penggunaan platform Cendana telah diadakan di Sabli Food, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...