Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sabri: Pelabur AS dipelawa melabur di Malaysia

    WASHINGTON D.C, 12 MEI – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin mempelawa pelabur dan ahli perniagaan Amerika untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan. 

    Beliau mengalu-alukan mereka, terutamanya syarikat Fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka iaitu dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik.

    “Saya cadang Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menemui Duta Ted Osius, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (AS-ABC) di sebuah hotel di sini.

    Penubuhan AS-ABC pada 1984 mewakili 170 perniagaan utama Amerika di Asia Tenggara. Perdana Menteri yang tiba di sini semalam dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke AS termasuk bertemu dengan Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN.

    Ismail Sabri berkata beliau telah meminta AS-ABC untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menarik pelaburan ke ASEAN, terutamanya Malaysia.

    “Mereka menganggap Malaysia sebagai rakan perdagangan Amerika Syarikat yang penting,” kata Perdana Menteri mengenai reaksi AS-ABC.

    Kemudian, Ismail Sabri mempunyai sesi berasingan dengan Setiausaha Agung World Information Technology and Services Alliance (WITSA) Dr James H. Poisant di tempat yang sama.

    WITSA, katanya akan mengadakan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT), persidangan IT terbesar di dunia, di Pulau Pinang pada September.

    “Saya berharap kongres ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi teknologi,” katanya. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) semasa mengadakan perbincangan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN, Duta Ted Osius di sebuah hotel kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...