BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Hajah Anis Sabrina binti Yahya dari Pasukan Daerah Brunei dan Muara, muncul juara Kategori Sabre Individu wanita Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Brunei 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas kelmarin.
Hajah Anis Sabrina merangkul pingat emas selepas berjaya mengalahkan rakan sepasukan Dayangku Siti Syahirah binti Pengiran Idris yang mendapat pingat perak.
Manakala berkongsi pingat perak dalam kategori itu adalah dua peserta dari IKASI Surabaya, Indonesia iaitu Ken Soraya Ananta Tantri Budi dan Azeldine Aliya Zahira Hisnindarsyah. (Klik di sini untuk berita lanjut)