Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sadom ungguli golf Terbuka Singapura

    SINGAPURA, 23 JAN – Pemain dari Thailand, Sadom Kaewkanjana telah menjuarai SMBC Terbuka Golf Singapura hari ini dengan tiga pukulan kemenangan ke atas pemain Korea Selatan, Kim Joo-hyung dan pemain dari Jepun, Yuto Katsuragawa.

    Pemain berusia 23 tahun itu telah memenangi lima kejohanan di Thailand pada tahun lalu tetapi kemenangan di Singapura, di mana dia membuat pukulan dua-bawah-par 69, adalah kemenangan terbesar dalam kariernya sejak menjadi pemain profesional.

    Memulakan hari perlawanannya dengan berkongsi mata bersama pendahulu, Sadom telah membuat lima pukulan pertama sebelum membuat dua birdies di lubang keenam dan ketujuh untuk mata 34. Dia kekal tenang pada pukulan kesembilannya, mencatat sembilan par berturut-turut tanpa terlepas pukulan untuk memenangi 13-bawah-par 271.

    “Saya sangat teruja dan gembira memenangi kejohanan ini. Terdapat banyak tekanan dihadapi saya hari ini, tetapi saya tetap bersabar dan berjaya melakukannya,” katanya.

    “Dengan kerja keraslah yang dapat menghasilkan kemenangan ini, dan saya sangat bangga dengan diri saya.”

    Dengan kemenangannya, Sadom telah memperoleh salah satu daripada empat tempat kelayakan dalam Kejohanan Terbuka di St Andrews pada bulan Julai.

    Dia berkata bahawa itu akan menjadi kali yang pertama bermain di acara utama, dan dia tidak sabar untuk bersaing ‘di tempat asal golf di St Andrews.’

    Pemain Korea Selatan, Kim terlepas peluang untuk memenangi kejohanan berikutan kemenangannya di Singapura Antarabangsa minggu lalu. Tetapi kemenangannya di tempat kedua telah memastikan pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain kedua termuda untuk merangkul gelaran Jelajah Asia Order of Merit. – AFP

    Aksi Sadom Kaewkanjana dari Thailand melakukan pukulan pada pusingan akhir kejohanan golf Terbuka Singapura SMBC di Singapura. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...