Sadr dijangka menang pilihan raya

BAGHDAD, 15 Mei – Penyokong Syiah, Moqtada Sadr hari ini dijangka menang mengejut dalam pilihan raya di Iraq, satu kemenangan yang memberikan tamparan kepada pengaruh Iraq dan Amerika Syarikat (AS).

Pengiraan masih berlangsung tiga hari selepas pilihan raya parlimen yang pertama sejak kekalahan kumpulan Islamic State (IS), tetapi kumpulan Syiah yang mempunyai semangat berkobar-kobar itu mendahului dengan 16 dari 18 wilayah.

Kemenangan bagi nasionalis veteran pakatan Marching Toward Reform dengan Komunis Iraq telah memberikan tamparan hebat terhadap pemerintah Iraq yang di bantah secara meluas.

Sadr, yang telah menarik dirinya daripada menjadi Perdana Menteri, akan menjadi orang yang paling berpengaruh dan telah membuat kerajaan teknokrat dari beberapa belas parti yang menjejaskan perpecahan kaum.

Pilihan raya pada Sabtu lalu telah menyaksikan penolakan jelas bagi elit Iraq yang telah memerintah negara sejak pemergian Saddam Hussein pada tahun 2003.

Satu poster yang menunjukkan ketua Syiah, Moqtada al-Sadr (kiri) dan ahli falsafah, Mohammed Baqer al-Sadr dipamerkan di Bandar Sadr, timur dari bandar Iraq, Baghdad pada 14 Mei 2018. – AFP

Catatan telah meletakkan anti-penubuhan Conquest Alliance dan bekas pejuang pra-militer pro-Iran yang membantu pertempuran menentang IS di tempat kedua, dan blok Perdana Menteri Haider al-Abadi berada di tempat ketiga.

Abadi, pemimpin yang disukai oleh AS, dilihat sebagai pendorong utama selepas mengumumkan kemenangan terhadap kumpulan pelampau lima bulan lalu. Sadr bangkit menjadi terkenal selepas pencerobohan AS, ketika pejuang militianya bertempur melawan pasukan tentera AS.

Selepas bertahun-tahun mendiamkan diri, dia telah bangkit semula sebagai calon utama bagi golongan miskin.

Penyokong di kubu kuat Baghdad di Bandar Sadr berharap kemenangan dapat mengatasi peningkatan pembangunan.

“Sekiranya kita mahu mengubah perkara maka perdana menteri perlu datang dari pakatan Marching Towards Reform,” kata Salah Jamal, 24.

“Kami telah mencuba yang lain,” kata Jamal. “Tetapi kami tidak mempunyai keputusan.” – AFP