Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Safarova mara ke suku akhir

    MONTREAL, 15 Sept – Pemain pilihan utama Lucia Safarova dari Republik Czech menempah tiket ke suku akhir dalam pertandingan WTA di Quebec City semalam dengan kemenangan 6-4, 6-3 ke atas Sofia Kenin.

    Safarova mencatatkan 10 aces ketika dia mengatasi pemain dari AS yang berusia 18 tahun itu, yang berada di ranking 112 dunia.

    Dalam pertandingan suku akhir nanti, Safarova akan menghadapi pemain senegara Lucie Hradecka, 32, yang menewaskan Bianca Andreescu, 17, dari Kanada dengan 2-6, 6-2, 7-5.

    Andreescu melakukan servis bagi perlawanan itu pada kedudukan 5-3 di set terakhir, tetapi Hradecka memenangi empat permainan terakhir untuk merampas kemenangan.

    Pilihan ketujuh Alison Van Uytvanck dari Belgium juga mara ke suku akhir, mengetepikan kebangkitan lewat Marina Erakovic dari New Zealand 6-4, 7-6 (7/4).

    Van Uytvanck mendahului set kedua 3-0 sebelum Erakovic kembali bangkit. Pemain dari Kiwi itu mempertahankan mata penamat 5-4 tetapi tidak dapat menamatkannya dan Van Uytvanck bangkit dengan ‘tiebreaker’.

    Van Uytvanck seterusnya berdepan pemain kelayakan dari AS, Caroline Dolehide, yang mara pada Rabu lalu apabila juara bertahan dan pemain pilihan kedua, Oceane Dodin menarik diri kerana pening.

    Pemain pilihan kelapan Viktorija Golbic dari Switzerland dinafikan tempat di suku akhir setelah tewas kepada Sachia Vickery dari AS, yang mencatatkan kemenangan 2-6, 6-3, 6-4.

    Vickery akan menghadapi pemain pilihan keempat, Tatjana Maria dari Jerman bagi slot separuh akhir.

    Tempat suku akhir selebihnya adalah di antara pemain pilihan ketiga dari Hungary, Timea Babos menentang Francoise Abanda dari Kanada. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda