Tuesday, November 5, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sah! G-Dragon negatif dadah

    Selepas empat jam disoal siasat polis serta melalui ujian rambut dan air kencing, penyanyi Korea Selatan, G-Dragon didapati negatif dalam penggunaan dadah.

    G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, memaklumkan perkara itu dalam sesi soal jawab bersama media selepas siasatan polis dilakukan terhadapnya.

    Malah, ahli kumpulan Big Bang itu turut meminta siasatan lebih menyeluruh dan tepat dilakukan bagi mengetahui keputusan sebenar siasatan tersebut.

    “Saya menerima keputusan negatif daripada ujian dadah,” katanya.

    “Saya juga telah membuat permintaan untuk ujian dadah yang lebih komprehensif. Saya berharap pihak penyiasat mengumumkan keputusan itu dengan cepat,” katanya.

    Apabila ditanya sama ada telefon bimbitnya perlu diserahkan kepada polis, penyanyi itu berkata dia tidak perlu melakukannya namun bersedia untuk menyerahkannya sekiranya diperlukan.

    Sebelum ini, G-Dragon dilaporkan telah dipanggil oleh polis atas tuduhan penyalahgunaan dadah.

    Menurut laporan mStar, G-Dragon telah dibawa ke Balai Polis Incheon, Korea Selatan namun tiada tahanan dibuat terhadap dirinya. – Agensi

    G-Dragon menggesa siasatan menyeluruh dilakukan. – billboard.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda