Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Saham firma merudum setelah ubat Lianhua Qingwen dipersoalkan

    BEIJING, 18 APRIL – Saham-saham dalam salah satu pengeluar ubat-ubatan tradisional terbesar China jatuh hari ini selepas beberapa laporan mempersoalkan keberkesanan pil yang diluluskan oleh kerajaan itu sebagai satu rawatan koronavirus.

    Pihak berkuasa Shanghai telah menyertai rakan sejawatan Hong Kong dalam menyumbangkan ‘Lianhua Qingwen’ – satu ubat herba yang dipasarkan bagi merawat demam dan sakit tekak – ketika bandar itu bergelut dengan penularan COVID terburuk sejak permulaan pandemik.

    Namun kelmarin, platform kesihatan popular China, Dingxiang Yisheng berkata kapsul itu, dihasilkan oleh Farmaseutikal Shijiazhuang Yiling, tidak dapat mencegah kes-kes virus, dalam laporan yang kemudian dipetik oleh media kerajaan.

    Minggu lalu, Wang Sicong, seorang pempengaruh dan anak lelaki kepada keturunan orang kaya China, mencetuskan perdebatan dalam video Weibo yang mempersoalkan adakah ubat yang disiarkannya itu telah direkomenkan penggunaannya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menangani COVID.

    AS dan negara lain telah memberi amaran bahawa tidak ada bukti ubat itu berkesan untuk mencegah atau menyembuhkan koronavirus, walaupun ia dipromosi hebat oleh pihak berkuasa kerajaan di China dan Hong Kong.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS telah mengatakan ia tidak meluluskan Lianhua Qingwen dan dakwaan tentang ia berkaitan koronavirus ‘adalah tidak disokong oleh mana-mana bukti saintifik yang sah dan dipercayai’. – AFP

    Gambar fail 2 Mac 2021 menunjukkan seorang pelanggan melihat ubat tradisional China, kapsul Lianhua Qingwen di sebuah farmasi di bandar Kuwait. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...