KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Saham Padini Holdings Bhd susut tiga sen kepada RM3.95 pada 9.41 pagi ini meskipun laporan berita ia telah selesai mendaftarkan operasinya di Kemboja.
Sejumlah 47,800 saham diniagakan.
Unit milik penuhnya, Padini (Cambodia) Co Ltd, dibuka dengan pelaburan berjumlah AS$5,000 dan tidak dijangka memberi sebarang kesan ketara kepada pendapatan dan aset bersih Padini bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun, 2018. – Bernama