Saham Petrobras meningkat hampir 10 peratus

SAO PAULO, 6 OGOS – Saham dalam syarikat gergasi minyak Brazil Petrobras meningkat 9.63 peratus semalam di bursa saham Sao Paulo pada akhir perniagaan selepas syarikat mencatat keuntungan suku kedua yang lebih baik daripada dijangkakan.

Petrobras melaporkan keuntungan bersih berjumlah 42.9 bilion reais (AS$8.1 bilion) pada Rabu dalam tempoh suku kedua April hingga Jun, mengatasi jangkaan penganalisis serta kerugian sebanyak AS$417 juta untuk tempoh yang sama pada 2020.

Saham biasa dalam syarikat meningkat selepas pengumuman itu kepada 11.8 peratus sebelum tengah hari, sebelum kembali meningkat 10 peratus pada akhir perniagaan.

Saham pilihan pula meningkat hampir lapan peratus.

“Selain mengatasi jangkaan dengan keuntungan suku kedua, Petrobras mengurangkan hutangnya, mencatat pendapatan kukuh, Ebitda (pendapatan sebelum faedah, cukai, penurunan nilai dan pelunasan) dan mengumumkan ia akan mengeluarkan dividen berjumlah lebih 30 bilion reais,” beritahu Alex Agostini, dari firma pakar runding Austin Rating, kepada AFP. – AFP

Gambar fail menunjukkan wajah ibu bejabat syarikat gergasi minyak Brazil Petrobras di Rio de Janeiro, Brazil. Saha, Petrobras meningkat kepada hamper 10 peratus di pasaran saham Sau Paulo kelmarin. – AFP