Saham-saham naik, optimis bagi rundingan perdagangan

LONDON, 12 Feb – Pasaran saham global meningkat hari ini secara optimis berhubung rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China serta perjanjian sementara untuk mengelak penutupan Washington.

“Pasaran Eropah sedang meningkat naik…dengan optimis dilihat menerusi sesi peralihan Asia masuk ke Eropah,” kata penganalisis IG, Joshua Mahony.

“Beberapa sentimen global terletak di bahu Presiden AS, Donald Trump, dengan keupayaan untuk memecahkan kebuntuan rundingan bersama China dan mengalih penutupan kerajaan kepada bidang pasaran.”

Rundingan sedang dilaksanakan di Beijing yang bertujuan untuk mengubah penambahan tarif AS yang dirancang yang boleh melembapkan ekonomi global.

Para pegawai tertinggi dijangka tiba di bandar China bagi menghadiri mesyuarat pada Khamis dan Jumaat, menjelang tempoh akhir perjanjian 1 Mac.

Para pelabur memberi respons positif kepada laporan yang Donald Trump mahu menemui Xi Jinping ‘tidak lama lagi’, beberapa hari selepas Presiden AS kelihatannya akan membatalkan isu kemuncak tidak lama lagi bersama rakan sejawatannya.

Di Eropah sekitar tengah hari, bursa saham London indeks FTSE 100 meningkat 0.3 peratus.

Indeks Eurozone, Frankfurt dan Paris naik 1.2 peratus, sementara euro dan pound merosot menyaingi dolar.

Pasaran saham Tokyo – kembali dari percutian awam Isnin – ditutup 2.6 peratus tinggi, ketika peniaga mula bersaing dengan pengeksport Jepun mendapat faedah dari dolar yang bangkit semula. Harga minyak melonjak sekitar satu dolar menunggu kemas kini pengeluaran bulan OPEC. – AFP

Gambar yang diambil pada 11 Februari 2019 menunjukkan seorang pekerja di kilang tekstil di Binzhou, wilayah Shandong, timur China. Perunding AS berada di Beijing bagi pusingan baharu perdagangan saham. – AFP