SINGAPURA, 27 Jan – Saham Singapura ditutup pada 0.43 peratus lebih tinggi hari ini, tatkala peningkatan risiko dirangsang oleh kadar pembelian menjelang cuti panjang Tahun Baru China.
Kebanyakkan bahagian pasaran Asia akan ditutup sempena cuti Tahun Baru Cina minggu depan. Pasaran saham Singapura akan menyambung dagangan pada 31 Januari.
Pasaran Amerika Syarikat (AS) terus mencecah paras tinggi semalam, dengan petunjuk pasaran Dow Jones Industrial Average meningkat kepada rekod yang rapat selepas mencapai 20,000 mata.
Indeks penanda aras Straits Times Singapura meningkat 13.07 mata kepada 3,064.85 mata. Jumlah dagangan 866 juta saham bernilai 585 juta dolar Singapura. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi 172-144, manakala 781 saham tidak mencatat pergerakan.

Keppel Corporation berkurangan 1.9 peratus kepada 6.27 dolar Singapura. Ia melaporkan 49 peratus penurunan dalam keuntungan bersih kepada 784,000,000 dolar Singapura bagi tahun kewangan 2016, keuntungan tahunan terendah dalam satu dekad.
Pendapatan tahun penuh jatuh 34.3 peratus kepada 6.8 bilion dolar Singapura. Penurunan ini disebabkan terutamanya oleh pengurangan sumbangan daripada luar pesisir dan laut serta peruntukan-peruntukan tambahan untuk penurunan nilai sepanjang tahun. – Xinhua