Saham Vodafone India merosot 40 peratus

MUMBAI, 17 JAN – Unit saham Vodafone di India merosot hampir 40 peratus pada hari ini setelah pihak berkuasa menolak rayuan bayaran pendahuluan sebanyak AS$4 bilion sekali gus menimbulkan persoalan tentang masa depan syarikat gergasi milik British di negara tersebut.

Pada bulan November lepas, pegawai eksekutif Vodafone meluahkan keraguan tentang kehadiran berterusan di India setelah usaha sama tempatan Vodafone Idea mencatat kerugian suku tahun.

Dalam bulan yang sama, Vodafone Idea dan syarikat-syarikat yang lain dalam sektor telekom India diarahkan supaya membuat pembayaran sebanyak AS$13 billion bagi spektrum serta yuran lesen.

Satu rayuan daripada Vodafone dan Bharti Airtel, yang diberitahu supaya membayar AS$3 bilion, telah ditolak kelmarin, dengan mahkamah agung juga enggan membenarkan bayaran tersebut dibayar secara ansuran.

Berita tersebut melihat harga saham Vodafone merosot sebanyak 39 peratus kepada 3.65 rupees sebelum berpulih kepada 4.60 rupees, walaupun syarikat ini telah diberi amaran jumlah yang besar itu mungkin memaksanya untuk menghentikan operasi. Bagaimanapun, Bharti Airtel, yang telah berjaya mengumpul wang tunai yang diperlukan, meningkat sebanyak kira-kira enam peratus. – AFP