Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sahel berdepan krisis makanan ‘runcing’

    GENEVA, 18 FEB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata hari ini ia bimbang dengan krisis makanan yang semakin buruk di rantau Sahel, Afrika, dengan lebih 10.5 juta penduduk berdepan krisis kelaparan.

    Program Makanan Sedunia (WFP) berkata jumlah orang yang hampir kebuluran telah meningkat hampir sepuluh kali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu.

    WFP berkata daripada 10.5 juta itu, kira-kira 1.1 juta dianggap berada pada peringkat kecemasan krisis makanan di lima negara terjejas di kawasan sub-Sahara Afrika, iaitu Burkina Faso, Chad, Mali, Mauritania dan Niger.

    Agensi berkata ia memerlukan AS$470 juta dalam tempoh enam bulan akan datang untuk meneruskan operasi di Sahel. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...