Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Sahut baik syarat beli insurans ke luar negara

    Oleh Mu’min Karim & Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam pembelian insurans sebelum membuat perjalanan keluar negara adalah satu inisiatif yang perlu disahut agar tidak menjadi satu beban apabila berada di luar negara.

    “Pembelian insurans sebelum keluar negara adalah perlu kerana dikhuatiri apabila kita berada di luar negara dan dijangkiti COVID, insurans tersebut yang akan menampung, perbelanjaan perkhidmatan kesihatan,” ujar Awang Suhaili bin Idris, 63, ketika ditanya pendapat beliau mengenainya.

    Menurut beliau lagi, kadar bayaran yang dikenakan untuk pembelian insurans tersebut juga berpatutan, jika sanggup mengeluarkan wang untuk keluar negara, apa salahnya menggunakan beberapa dolar untuk membeli insurans.

    Seorang penjawat awam, Awangku Mohd Aminol Adi Azraie bin Pengiran Haji Nikman turut menyahut baik langkah itu.

    Beliau berpendapat, keperluan membeli insurans untuk perjalanan keluar negara bukan saja memfokuskan kepada COVID saja malah secara menyeluruh.

    Awangku Mohd Aminol Adi Azraie berpendapat, insurans adalah untuk keselamatan dan persiapan awal jika berlaku kecemasan semasa berada di luar negara.
    Awang Muhammad Firdaus berkata, syarat yang dikenakan itu adalah wajar untuk dititikberatkan.

    Mendapatkan insurans perlindungan adalah untuk keselamatan dan persiapan awal jika berlaku kecemasan semasa berada d luar negara.

    “Pada masa ini sudah banyak pakej yang ditawarkan oleh pihak insurans yang berdaftar di negara ini dan ia bergantung kepada pakej apa yang dirasakan berbaloi dan sesuai mengikut destinasi yang dikunjungi,” jelasnya.

    Mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (UBD), Awang Muhammad Firdaus bin Awang Abdul Sani pula berpendapat bahawa syarat yang dikenakan sebelum keluar negara itu adalah suatu perkara yang wajar dititikberatkan.

    Ini kerana sebelum ini orang ramai tidak mengambil berat akan perkara sedemikian, bahkan beliau turut menekankan insurans pengembaraan adalah salah satu cara melindungi keselamatan dan langkah pertama dalam menjaga kemaslahatan diri.

    “Pembelian insurans pengembaraan wajar diteruskan kerana ia bukan hanya menjamin keselamatan kita malah ia adalah salah satu inisiatif persediaan awal yang baik,” tambah beliau yang merancang untuk mengembara keluar negara dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...