Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Sahut cabaran 1 Bilion Langkah demi gaya hidup sihat

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    Melalui jalan yang berumbang-ambing dan menaiki kawasan berbukit serta berhalangan seperti bonggol jalan adalah satu cabaran bagi mereka yang memakai kerusi roda jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

    Begitulah yang perlu dihadapi Haji Noor Ishanuddin bin Haji Noor Kaseh, 56, salah seorang dari ribuan peserta yang telah bersama-sama menjayakan cabaran 1 Bilion Langkah Bersama semasa ditemui Media Permata di ibu kota, kelmarin.

    “Alhamdulillah, saya merasa bangga kerana dapat bersama-sama orang ramai untuk menjayakan acara cabaran 1 Bilion Langkah Bersama yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

    “Saya ingin menyertai acara ini untuk menjalani gaya hidup yang sihat,” kongsi Haji Noor Ishanuddin.

    Cabaran 1 Bilion Langkah Bersama merupakan sebuah pelan promosi kesihatan dalam aplikasi BruHealth untuk membantu menjejak setiap langkah yang diambil bagi kempen selama tiga bulan.

    Awang Zaini bersama lapan ahli keluarganya termasuk kucing peliharaan mereka turut tidak melepaskan peluang untuk mengikuti cabaran 1 Bilion Langkah Bersama.
    Haji Noor Ishanuddin ketika ditemubual oleh media.
    Haji Mohd Yunos yang turut mengikuti acara tersebut mengatakan sudah menjadi kebiasaan beliau dan kawan-kawan untuk mengikuti acara-acara seperti larian, maraton, berjalan kaki di negara ini.
    Anak kepada Awang Zaini bersama kucing kesayangannya.
    Ribuan penduduk dari setiap peringkat umur dan kalangan seperti warga emas, golongan berkelainan upaya dan institusi telah bersama-sama menyertai acara walkaton tersebut.

    Kempen tersebut bermatlamat untuk menggalakkan warga dan penduduk negara ini supaya keluar bersama-sama bagi mencapai sekurang-kurangnya 1 bilion langkah serta menjadi lebih sihat bersama.

    Ribuan penduduk dari setiap peringkat umur dan kalangan seperti warga emas, golongan berkelainan upaya dan institusi telah bersama-sama menyertai acara walkaton tersebut yang bermula di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Jelas Haji Noor Ishanuddin lagi, meskipun beliau berdepan pelbagai cabaran ketika mengikuti acara tersebut namun ia dapat memberikan motivasi kepada beliau untuk mengatasi segala halangan dalam kehidupan seharian yang mungkin lebih besar.

    Tambahnya di hujung temu bual, inisiatif yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan itu menurut beliau adalah bagus untuk diamalkan oleh masyarakat bagi menuju ke arah gaya hidup yang lebih sihat untuk mengurangkan masalah obesiti di Brunei Darussalam.

    Seorang lagi peserta, Haji Mohd Yunos bin Tengah, yang merupakan seorang warga emas berumur 70 tahun yang turut mengikuti acara tersebut mengatakan sudah menjadi kebiasaan beliau dan kawan-kawan untuk mengikuti acara-acara seperti larian, maraton, berjalan kaki bagi kategori veteran.

    “Namun acara pada hari ini sedikit berlainan kerana ia merupakan salah satu acara kesihatan besar-besaran setelah berlakunya gelombang COVID di negara kita. Alhamdulillah ianya kini dapat diadakan demi kesihatan kita semua.

    “Saya juga berharap ianya akan sentiasa diadakan pada masa akan datang bagi menggalakkan orang ramai kekal aktif dalam bidang bersukan, bagi menghindari diri kita daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, dan sebagainya,” kongsi beliau.

    Semasa penulis melakukan liputan pada acara berkenaan, juga mendapati sebuah keluarga yang turut membawa seekor kucing peliharaan mereka untuk sama-sama mengikuti acara berjalan itu.

    “Sememangnya anak saya suka membawa kucingnya ke mana-mana saja dan kini dia sangat berkeinginan untuk membawa kucingnya mengikuti acara walkaton ini,” jelas Awang Zaini bin Mohammad yang turut mengikuti acara walkaton itu bersama lapan ahli keluarganya termasuk kucing peliharaan mereka.

    Awang Zaini turut mengongsikan bahawa inisiatif Kementerian Kesihatan untuk mengadakan acara ini adalah bagus untuk kesihatan dan sedikit seba- nyak dapat menggalakkan orang ramai khususnya beliau untuk aktif bersukan seperti berjoging demi mencapai gaya hidup yang lebih sihat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...