Sahut cabaran ke Olimpik Tokyo

SEPANG, 9 DIS – Atlet terjun negara sedia menyahut cabaran jurulatih Christian Brooker yang mahukan lebih ramai penerjun, layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Sehingga kini hanya penerjun wanita iaitu Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri telah menempah tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Namun sehingga kini masih belum ada penerjun lelaki layak beraksi di Tokyo 2020 dan Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA 2020 di Jepun dari 21-27 April ini, menjadi medan terakhir untuk mendapatkan slot tersebut.

Penerjun lelaki negara seperti Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei ternyata tidak patah semangat, sebaliknya lebih bermotivasi untuk menyahut cabaran jurulatih, terutamanya selepas berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2019 di Filipina. – Bernama