Saingan Liga Futsal IPT mantap

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Saingan Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Politeknik Brunei diteruskan hari ini dengan beberapa perlawanan sengit berlangsung.

Pasukan IBTE meraih tiga mata berharga petang tadi setelah berjaya menewaskan pasukan UTB dengan keputusan akhir 2-1, dalam perlawanan yang berlangsung di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Kedua-dua gol kemenangan IBTE dihasilkan oleh Awangku Mohd Alimuddin bin Pengiran Jamaluddin pada minit ke-11 dan minit ke-27 perlawanan sementara gol tunggal UTB dihasilkan oleh Noradli Zhafri bin Haji Norshamli pada minit ke-16.

Sementara itu perlawanan antara pasukan UNISSA menentang KUPU SB pula berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan UNISSA yang selesa mengalahkan pasukan KUPU SB dengan jaringan 4-2.

Pasukan Cosmopolitan turut mengukir kemenangan pertamanya dalam perlawanan Liga Futsal IPT 2019 ini apabila berjaya menundukkan pasukan KIGS dengan keputusan 2-0.

Manakala pasukan Alumni Politeknik Brunei tewas di tangan pasukan LCB dengan keputusan tipis 1-2 pada perlawanan lewat petang tadi.

Antara aksi menarik dalam perlawanan di antara pasukan Alumni Politeknik Brunei dan pasukan LCB yang berkesudahan LCB menang 2-1.